Renungan Bersama


Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja" (Riwayat Tarmizi).Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil Al-Ma'arij: 19-21

Jom Solat - Kelebihan Duduk Iftirasy


  • Tahukah anda bahwa perbuatan duduk antara dua sujud ( Duduk Iftirasy) apabila tumit kanan melentur dan dihimpit pula oleh tekanan berat kaki dan badan, dapat membantu meneluarkan keracunan ( Toxin ) dari organ hati dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar.
  • Orang Cina mengatakan : Duduk seperti ini boleh menghilangkan 21 jenis penyakit.
  • Akan terlihat warna telapak kaki kita setelah duduk dalam 15 minit. Jika warnanya merah atau agak pucat bererti tubuh kita sihat. Tetapi jika warnanya kuning bererti ada petanda sakit pada tubuh kita, manakala jika warnanya adalah hitam menunujukkan kita mengalami sakit yang kronik.
  • Sementara bagi kaum muslimah akan memberikan kesan santai atau kerehatan dan juga tekanan ke atas perut mempengaruhi rahim ke bawah memudahkan untuk membuang air.
  • Duduk Iftirasy ini juga adalah duduknya Rasulullah s.a.w ketika peristiwa Israk Mi'raj dihadapan ALLAH, Ianya duduk seorang hamba sebagaimana sabda Baginda yg bermaksud : Aku mkan sebagaimana hamba dan aku duduk sebagaimana duduknya seorang hamba.
p/s : Dalam Sunnah ada kejayaan, yang pasti kita buat untuk mengikuti Nabi s.a.w dan bukan sekadar untuk sehat.

Untukmu Rasulullah


Hak Rasulullah s.a.w ada 4 :

1. Usyaqurrasul, iaitu mahabbah rasa cinta yang sangat kepada Rasulullah yang ada kerinduan untuk berjum Rasulullah s.a.w.
2. Itho’atirrasul, iaitu mentaati semua yang diperintah dan yang dicontohkan oleh Baginda.
3. Dzikrurrasul, iaitu berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
4. Fiqrurrasul, menterjemah fikiran Baginda s.a.w iaitu memikirkan seluruh manusia selamat dari azab ALLAH s.w.t. dan mengorbankan harta dan diri untuk perkara tersebut.

Pengenalan....

Salam perkenalan dan salam ukhwah kepada anda semua, tujuan saya membuat blog "star of DEEN" ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan saudara saudari sekalian yang berkaitan dengan isu semasa dan paling penting yang berkaitan dengan agama ISLAM yang mulia ini.
Selamat berkongsi....

Selamat Datang

Terima Kasih kerana sudi singgah sebentar ke laman blog yang tidak seberapa ini...
Semoga dengan izin ALLAH anda boleh mengambil manfaat daripada sini, walaupun sedikit... sila tunjuk ajar...